Tuesday, February 26, 2013

Cantiknya Wanita Itu

Wanita :)
Senyuman itu dilemparkan seikhlas mungkin. Dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Subhanallah! Cantiknya wanita yang tertutup itu. Walaupun hanya isyarat mata sahaja yang menandakan bahawa dia tersenyum, tapi ianya seakan memberikan ketenangan yang amat sangat. Sehelai purdah yang menutup wajahnya menyatakan bahawa dia seorang muslimah sejati. Ketakwaan yang sudah terbukti. Sosok itu cukup mengagumkan.
Dia tidak bergaya. Tidak berfesyen segala. Tapi, dia jelas kelihatan cantik walaupun dalam busana jubah dan jilbab. Kenapa dia kelihatan cantik sedangkan wajahnya tertutup dan bentuk badannya juga langsung tidak kelihatan?
Kerana waktu itu kita tidak memandang kecantikan luaran sebagai ukuran tetapi kita melihat peribadi seorang muslimah Islam. Walaupun masih beribu berjuta wanita yang cantik dengan Loreal, Maybelline, Bobby Brown dan sebagainya tapi yang cantik akhlak itu tidak berjuta. Boleh jadi satu dalam seribu.
Ini, dunia akhir zaman. Ini, dunia yang penuh dengan kepura-puraan. Jadi, mana lagi dapat dilihat wanita seperti itu? Wanita yang menjunjung perintah Tuhan dengan rasa penuh tawaduk tanpa menunggu 'keikhlasan' datang untuk berubah. Sebab berubah itu tidak menunggu ikhlas. Ianya antara mahu atau tidak.
Sungguh, tiada lagi kata-kata yang dapat menggambarkan peribadi seorang wanita solehah itu.
Sabda Rasulullah: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim)
Subhanallah! Sedangkan Rasulullah sendiri bersabda sedemikian, apatah lagi manusia yang memandang? Betullah, kecantikan yang sebenar itu terlihat pada tutur kata yang berhikmah, akhlak yang indah, iman yang tidak goyah dan batas pergaulan yang dijaga rapi.
Ya Allah, dekatkanlah hati-hati kami supaya kami juga termasuk dalam golongan wanita seperti ini. Sesungguhnya tiada impian setinggi ini. Impian untuk menjadi wanita yang sentiasa dirahmati Allah. Insya-Allah.

Thumbs up untuk post ni

Friday, February 8, 2013

SHN , Holiday ........

asalamualaikum ..


hey peeps ! dah tengok title ? hahaha ! i think semua mesti dah tahu singkatan for S H N . hhahaha ! i bet semua mesti tahulahh .. short form for SETIA HUJUNG NYAWA . okay , aku dah lupa sebenarnya tarikh dia first tayang dekat tv3 , tapi masa tu aku macam tak berapa amek port sangat la cerita ni , tengok tv then tukar channel lain ... err ~ hahaha ! tiba-tiba sampai dekat one of the episode aku macam rasa tertarik nak tengok ceritanya , itupun hasutan adik aku yang memang tengok , dia kalau tengok memang aku tak payah tengok cerita pun takpe , sebab dia sinopsis cerita bergerak . hahahaha ! even cerita korea yang baru tayang dekat tv , dia dah tengok dulu dekat intenet lepastu bila aku tengah sedap sedap layan cerita tu , dia dah boleh tahu jalan cerita seterusnya , yang aku pulak konfem lemau nak tengok balik cerita tu bila dah ada "pengarah" tak berbayar . hahahahah ! balik dekat SHN , first memang aku bukan layan sangat sebab episod yang aku tengok masa tu ersalina dengan zehra jumpa kat rumah then lepastu ikram bagi bunga *kot* sebab aku tak pasti sangat . hehehe ! lepas je episod tu , terus aku tak layan dah , sampai la adik aku yang tersayang dengan mama join tengok , dengan aku sekali melayan .. tapi aku sebenarnya tak berapa fokus 100% dekat kisah cerita tu , tapi aku fokus dekat kejahatan si hadi dengan si eriza tu , masa tu baru aku tengok episod tu , memang geram gila bila tengok dorang tu sampai aku hempas hempas bantal bagai . hahahaha ! tapi time cerita tu dah dekat dekat nak akhir , ada gak planning nak beli novel tapi bila fikir balik , tak pelahh , dah tahu cerita , tengok cerita je .. well ! macam tu la 'keghoje' deme sejak dah habis sekolah ni .... 



urghhh ! tak tentu arah aku sejak habis sekolah ni , dilema menjadi-jadi , nak keje ke nak dok rumah saja . adoi .. hahaha ! tapi cuti ni macam-macam aku buat , masuk kursus masak la , tapi yang paling aktif merayap . pantang dapat tekan minyak kereta , mana-mana tah tuju nya . ahahaha ! okay .. itu saja cerita makcik , makcik dah penat nak memerah otak yang tepu sejak habis sekolah ni . hehehe ! 



*im bored actually .. kihkihkih :D


Thumbs up untuk post ni



Nieylsa Jiehaa own copyright 2012-2013