Tuesday, July 24, 2012

tips belajar by dr fadzilah kamsah

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

-Kita ingat 10% apa yang dibaca      
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).  Ulangkaji sekerap  mungkin.

5. Manfaatkan kemahiran mengingat:

- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.

8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti

9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.

11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.

14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar            


mudah-mudahan tips ini dapat membantu calon calon yang bakal menghadapi peperiksaan besar :)

MY DREAMS :D
 








p/s : jiehaa bakal calon STPM , doa kan yang terbaik buat jiehaa okay .. aminn :')
Thumbs up untuk post ni

Monday, July 23, 2012

apa erti sahabat bagi aku ?

assalamualaikum peeps :) , sorry dah lama tak update , erm , ambil masa nak fikirkan post apa yang nak dimasukkan . from the title , dah boleh agak kan aku nak cerita apa .. aku just nak cakap yang tak semua orang akan suka dengan kita even kita buat baik seribu kali . yup ! nobody's perfect . bagi aku , benda yang paling penting selain keluarga adalah sahabat/kawan . aku tak pernah mintak pon orang tak suka aku , benda-benda macam ni , aku dah lali dengan semua ni , ahhh ! aku sedih , kecewa dengan semua ni . mana kawan aku ? mana dia bila aku susah dengan senang sekarang ni ? kadang kadang aku rasa aku tak diperlukan .. okay , no wonder laahhh . aku terasa ? yup . mungkin .. sorry sebab aku terus terang , dan dia tengah sukaria sekarang , aku pulak just tengok dari jauh .. ( sorry la weyy ! aku mampu cakap dalam ni je . kalau nak jelas pape , kat sekolah/luar pon bole ) . kalau aku senyap sekali sekala , kadang kadang aku malas bercakap , kadang kadang aku biarkan je .. aku bukan cemburu , iri hati or what . cuma , hmm , entahlahh ,. aku taktau nak cakap apa . just terasa sebab i need my own bestfriend , maybe tak de orang faham . tapi buat masa ni , aku senyap selagi aku boleh .. 




P/s : dia kan da ada kawan lain , aku sape lagi dahh . okay byeee :)


BYE BYE :')


MOOD : * aku bengang sebab tak dapat makan bubur lambuk ari ni . ini tidak adil . :'D *

Thumbs up untuk post ni

Monday, July 9, 2012

spiderman and andrew garfield



hey peeps :)
okay , new post , new month and also new.... err , no new laa . hehehe :)
masa hari sabtu lepas , jiehaa and family going to aeon rawang . ape yang special ?
nothing special pon , cuma hati jiehaa berkobar-kobar nak pergi tengok wayang cerita spiderman . hihihi , memandangkan cinema baru je sebulan bukak , so , dengan rasa senang hati pergilah , itupun tahu cinema tu bukak dari informer yang ada . hahaha ! thanks dekat bebudak tu . masa sampai terus pergi beli tiket then ofcourse la pilih 3D . yang paling taktahan , lagi setengah jam cerita nak habes , boleh pulak jiehaa kene migrain . fuhh ! memang tak tahan laa .dengan mata berpinar-pinar , nak lelap mata pon tak boleh . time tu rasa macam nak je cerita tu cepat habes . tapi ape ape pun , best la jugak , yang penting , jiehaa jatuh hati dengan hero dia . hahahaha :)
here my hero :D ( andrew garfield )







3D lens





sony MP3 niy just terbeli je . hahahahah ! :D



Thumbs up untuk post ni



Nieylsa Jiehaa own copyright 2012-2013