assalamualaikum
hari ni cuaca tak berapa nak seimbang dekat sungai besar ni ,
langit mendung tapi cuaca panas
ALHAMDULILLAH , dah berapa hari tak hujan ni , kalau hujan turun pun satu rahmat
okay , sejak duduk rumah ni , aktiviti jiehaa cuma tahu tidur , masak , kemas
and semua tu jiehaa ulang hari-hari ,
sebelum nak sambung pengajian try nak duduk rumah puas-puas sebenanrnya ,
ada gak yang dok menyocok suruh kerja
tapi hati dalam dilema , nak kerja atau duduk rumah , urmm
then sejak cuti ni jugak lahh sibuk dok belajar masak macam-macam
senang kata memang asyik makan laa , pantang masak sendiri
memang jiehaa laa yang paling laju makan .
heheheeh ! berat pun bertambah .. adoi !
hari ni nak kongsi resipi yang jiehaa rasa paling mudah la bagi jiehaa
no mixer ! no butter ! no gula kastor !
hahaha ! sebab memang mudah , bagi yang rasa-rasa tengah dok cari resepi nak jamu tetamu datang ke
apa kata try resepi ni , sangat mudah ,
dan juga untuk kanak-kanak sebab mungkin dorang akan suka dengan ada aiskrim lagi
nak tahu resepi apa ?
ini dia AisKrim Goreng Yummy !
*YUMMY tu ayat tambah sendiri .. hehehe*
Bahan-bahan
Dua keping Roti
Aiskrim
(tak kira perisa apa)
*jangan lupa sediakan cawan ye*
mula-mula , lapikkan sekeping roti atas pinggan/dulang , lepastu letakkan aiskrim atas roti tu , pastikan letak dekat tengah-tengah roti , ikut sukatan sendiri tapi jangan letak terlalu banyak ye
*ni aiskrim terletak banyak..hehehe*
lepastu letak roti lagi satu keping kat atas roti yang dah diletak aiskrim tadi .. kemudian , bentuk kan roti tersebut dengan cawan macam ni
dah habis bentukkan roti dengan cawan tadi , dia akan jadi macam ni , secara automatik dia akan melekat sendiri , kalau ada rongga-rongga dekat tepi yang terbuka dengan sendiri , cuba lekatkan ataupun kepit tepi roti dengan jari *pastikan bersih ye..hehhe* , ataupun , mama jiehaa kata , bancuh tepung gandum , sikit je , lepastu sebelum goreng letak sikit supaya dia lekat dan aiskrim tak terkeluar masa goreng ..
okay , ni yang jiehaa dah buat dan kumpul untuk di sejukbekukan .. dah siap , letak dekat dalam freezer supaya aiskrim tadi keras . letak dalam 2-3 jam untuk pastikan aiskrim tadi betul-betul beku ..
dalam waktu menggoreng pulak , minyak jangan terlalu banyak dan goreng jangan terlalu lama , kalau nampak roti tu macam dah kuning keemasan ataupun nampak garing terus angkat , diulang ye , goreng sekejap je . hehehe !
kalau dah siap boleh lah dihidangkan dekat keluarga ataupun tetamu yang bertandang ke rumah ..
p/s : maaf , gambar aiskrim yang dah digorang habis dimakan adik jiehaa , tak sempat nak capture gambarnya .. selamat mencuba :)
Thumbs up untuk post ni